aku bukan seorang yang puitis

huh....
seingat aku aku dulu suka berpuitis...
mengarang sajak
mengimbau kenangan zaman persekolahan

emm..sumua itu terlah pergi
bersama zaman remaja....setelah aku menjadi ibu
tapi kekadang teringat zaman dulu

puitis melayan diri
melayan perasaan


semakin hari semakin hilang
hilang entah kemana
nak dikejar mungkin aku tak mampu
kerna aku hanya bisa melihat
dari jauh
sejauh....aku dari kampung halaman

aku pasrah
pasrah pada masa kini
mungkin itu yang dikatakan kehidupan
adakalanya kita tertawa ada kalanya kita menangis..
tapi semua itu mengajar kita erti dewasa

mungkin sebelum ini kita tak terfikir....
dan mungkin tidak mahu berfikir...
ah.... endahkan semua itu
yang aku tahu
aku ada orang2 tersayang dalam hidup ku

mereka mampu mengembirakan aku
tapi....
adakah aku mampu untuk mengembirakan meraka
adakah aku mampu mendidik mereka menjadi
orang2 yang berguna..

huhu....
tak terfikir oleh benak ku


tapi aku hanya mampu berdoa
agar aku dapat lahirkan mereka sebagai orang yang berguna
kerana mereka anugerah terlalu berharga dari ALLAH SWT
untuk aku...

aku...
aku....emmm....
kadang2 benak aku memberontak
tapi aku kadang2 hilang kawalan


makin hari makain kronik
sayang....oh....sayang
kenapa jiwa aku kacau..


oooooooooooooooo

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Menengah..

balik kg..