Masalah nyanyian yang disertai muzik baik dengan alat ataupun tanpa alat adalah satu masalah yang sering dibahas sejak dahulu lagi. Sebenarnya, para ulama telah bersepakat bahawa semua bentuk nyanyian atau lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat adalah HARAM. Namun, dalam kalangan ulama fiqh terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam masalah ini. Para ulama juga telah menyetujui dan memBOLEHkannya apabila ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu perniakahan, hari-hari besar dan sebagainya. Hakikatnya, tidak semua nyanyian atau lagu adalah tidak bermanfaat, kerana ada sesetengah lagu yang banyak mengandungi hikmah atau nasihat. Ada juga sesetengah lagu bersifat doa dan dakwah. Hal ini bergantung kepada tujuan dan niatnya. Selari dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah hadis yang agak panjang, berikut merupakan petikan daripada hadis tersebut, mafhumnya bermaksud: “Sesun...
Comments